Thursday, May 21, 2009

Asam Pedas Kak B




Asam pedas ini adalah resipi Kak Ruby sendiri. Takde cilok mana-mana resipi ye. Ia boleh dimakan untuk 5 individu. Okay, kalau tak faham, boleh e-mail ke ruby@rubyrecipe.tk ! Selamat Mencuba!



Bahan-bahan

> 3 Keping ikan Parang/Tenggiri

> 10 Tangkai Cili Kering

> 10 Ulas Bawang Merah

> 3 Ulas Bawang Putih

> Satu inci Kunyit Hidup

> Sedikit Belacan

> 2 Batang Serai (dititik)*

> Garam

> Air Asam Jawa

> Daun Kesum

> 5 Batang Bende

> Sedikit gula kalau taknak letak bahan perasa

*Dititik bermaksud ambil pisau atau batu tumbuk, ketuk sedikit pada bahan itu.




_______________________________________



Cara-caranya

1. Basuh ikan parang/tenggiri sehingga bersih. Letakkan sedikit garam dalam air asam jawa, kemudian rendamkan ikan di dalam air campuran tersebut selama lebih kurang 5 minit bagi menghilangkan bau hanyir.

2. Kisar cili kering dan asingkan.

3. Kisarkan bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan belacan bersama-sama.

4. Tumiskan bahan-bahan (NO. 3), sampai naik bau. Kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar (NO. 2) bersama dengan serai yang telah dititik.

5. Goreng sehingga garing

6. Kemudian masukkan semangkuk air asam jawa sehingga menggelegak. Kalau nampak pekat, tambah sedikit lagi air asam jawa.

7. Kemudian, masukkan ikan parang/tenggiri, daun kesom, bende, garam, dan sedikit gula (jika tidak mahu bahan perisa) ke dalam periuk/kuali.

8. Tunggu dan kacau sedikit dalam 5 hingga 10 minit untuk masak. (Jangan kacau terlalu kuat, nanti ikan hancur pula).

9. Hidangkan Asam Pedas Kak B dan hiaskanlah mengikut citarasa masing-masing.

10. Dan... Wallah!




RubyRecipe

No comments:

Post a Comment