Tuesday, August 18, 2009

Bazaar Mini Ramadhan

Salam kepada semua pelawat.

Saya kini akan membuka bazaar mini (gerai je) berhampiran rumah saya dan menu jualan ialah "Asam Pedas" dan pelbagai lauk pauk untuk anda berbuka bersama keluarga tersayang.

Alamat seperti tertera dibawah :

NO. 1 JALAN KP 2/7,
TAMAN KOTA PERDANA,
43300, SRI KEMBANGAN,
SELANGOR DARUL EHSAN.

Salam Ramadhan,

Ruby Recipe

Wednesday, May 27, 2009

Kari Ikan Bawal


Pasti ada ramai keluarga yang suka makan kari. Sebab tu hari ni Kak B masukkan sekali resipi Kari Ikan Bawal !


Bahan-bahan


> 1 Ekor Ikan Bawal yang sederhana

> 5 biji Bawang Merah

> 3 biji Bawang Putih

> Sedikit Halia

> 2 Tangkai Cili Merah

> Sedikit Belacan

> 1 Bungkus Serbuk Kari

> Santan RM1.00

> 4 Batang Bende

> 3 Sudu Minyak Masak

> 2 Biji Tomato

> Air Asam Jawa


Cara-cara

1. Cuci ikan bersih-bersih

2. Hiriskan bawang merah, bawang putih dan halia.

3. Tumiskan di dalam periuk/kuali. Bila sudah wangi masukkan serbuk kari dan sedikit air. Kacau sehingga garing baru masukkan santan, air asam jawa dan belacan kedalam kuah tadi. Kemudian kacau hingga mendidih, baru masukkan ikan. Masukkan cili merah, bende dan buah tomato.

4. Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa.


Hidangan Kari Ikan Bawal sudah siap untuk dijamu.


Selamat Mencuba!


Sambal Sotong Kak B




Selamat Bertemu Kembali! Kali ni Kak B nak ajar anda semua masak "Sambal Sotong" . Tampak simple, tapi kalau tak kena cara masak, rasa pun tak sedap. Jadi, cubalah masakan "Sambal Sotong Kak B"

Bahan-bahan

> Sotong 1/2 Kilo

> 5 Sudu Cili Kisar

> 10 Biji Bawang Merah

> 3 Biji Bawang Putih

> Air Asam jawa

> Garam

> 1 Sudu Gula

> Belacan

> 3 Sudu Minyak Masak


Cara-cara


1. Bersihkan sotong.

2. Tumbuk atau kisar bawang merah, bawang putih dan belacan.

3. Tumiskan bahan yang telah ditumbuk atau dikisar sampai wangi. Kemudian masukkan cili, goreng sampai garing. Kemudian masukkan air asam jawa. Biar garing betul-betul baru masukkan sotong.

4. Kemudian masukkan garam secukup rasa dan gula. Jangan masak terlalu lama sebab sotong akan jadi keras.

Itu sahaja. Hidangan "Sotong Sambal Kak B" sudah boleh dinikmati.


Selamat Mencuba!

Sunday, May 24, 2009

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Dengan Keladi



Selamat bertemu kembali!

Hari ini Kak B masak lauk "Siput Sedut". Kalau nak cuba, boleh lah!


Bahan-bahan

> 1 Kilo Siput Sedut

> 1 inci Kunyit Hidup

> 10 Biji Bawang Merah

> 2 Biji Bawang Putih

> 1 Batang Cili Merah

> 10 Biji Cili Api

> Sedikit Belacan

> Garam

> 1 Sudu Gula

> Santan RM2.00

> Isi Keladi 7 - 8 Keping

> Serai 2 Batang


Cara-caranya

1. Basuh siput bersih-bersih. Bilas dengan air garam. Tos kan airnya, kemudian masukkan dalam kuali/periuk.

2. Kisar bawang merah, bawang putih, cili merah, cili api, kunyit dan belacan. Tuangkan ke dalam kuali/periuk. Kemudian masukkan santan*, serai diketuk-ketuk dan masukkan isi keladi dalam 7 hingga 8 keping. Masak sampai keladi tadi empuk. Kemudian masukkan garam dan 1 sudu gula.

3. Kacau dan wallah! Hidangan "Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Dengan Keladi" sudah siap untuk dihidang :) Makanlah dengan bahagia!

NOTA : *Sekiranya santan agak pekat, ditambah 1 mangkuk air.




Saturday, May 23, 2009

Penat

Assalamualaikum.

Hari ni saya sangat penat menghadiri jemputan majlis kahwin. Besok saya akan update dengan resipi yang istimewa! Nantikan! Terima kasih kerana singgah, sila lah follow blog saya dan add link. Jangan lupa beritahu di chat box atau comment. Saya akan link dan follow blog anda juga. Terima Kasih

Ruby Recipe


Friday, May 22, 2009

Ikan Baung Masak Lemak Cili Api Asam Cepu / Belimbing Besi

Resipi hari ini ialah Ikan Baung (Ikan Sungai) Masak Lemak Cili Api Asam Cepu / Belimbing Besi. Biasanya kalau Kak Ruby balik kampung dekat Johor, mesti pergi beli ikan sungai. Ikan sungai ni ada musim. Kalau ade tu banyaklah dapatnya. Kalau tak tu, tunggu lah tepi sungai sampai berjanggut. Lepas tu kalau ade, Kak Ruby selalunya masak lemak cili api lah. Ni lah resipinya, cubalah! Sedappppp!


Bahan-bahan


> Ikan Baung 4-5 ketul

> Cili Padi 20 biji

> Kunyit Hidup 1 inci

> Belacan

> 3 Asam Keping

> Asam Jawa (untuk basuh ikan)

> Asam Cepu (5 biji) atau Belimbing besi (20 biji)

> Santan : 2 biji Kelapa

> Garam


_____________________________


Cara-cara


1. Cuci ikan hingga bersih. Cuci dengan air garam dan asam jawa atau kalau takde, limau nipis pun boleh juga. Untuk hilangkan bau hanyir ikan

2. Kisar atau tumbuk cili padi, kunyit hidup dan belacan sehingga lumat.

3. Masukkan ikan, santan, asam keping* dan ramuan (NO. 2) tadi kedalam kuali/periuk.

4. Kemudian, kacau kuah diatas, jangan kacau dibawah nanti ikan hancur. Kacau sehingga mendidih kuahnya baru masukkan asam cepu atau belimbing besi.

5. Masukkan garam secukup rasa.

6. Kalau nak pedas boleh lah tambah cili api. Kalau tak masam kuahnya, tambahlah asam keping lagi. Cubalah rasa dan ikutlah rasa masing-masing. Nak masam ke manis ke masin ke tawar ke.

7. Setelah itu, Ikan Baung Masak Lemak Cili Api Asam Cepu / Belimbing Besi siap untuk dihidangkan! Makanlah bersama keluarga tersayang.

*NOTA : Rendamkan dulu asam keping sebelum masuk kedalam gulai anda untuk hilangkan pasir halus.

Jangan lupa untuk mencuba!!!


Thursday, May 21, 2009

Asam Pedas Kak B




Asam pedas ini adalah resipi Kak Ruby sendiri. Takde cilok mana-mana resipi ye. Ia boleh dimakan untuk 5 individu. Okay, kalau tak faham, boleh e-mail ke ruby@rubyrecipe.tk ! Selamat Mencuba!



Bahan-bahan

> 3 Keping ikan Parang/Tenggiri

> 10 Tangkai Cili Kering

> 10 Ulas Bawang Merah

> 3 Ulas Bawang Putih

> Satu inci Kunyit Hidup

> Sedikit Belacan

> 2 Batang Serai (dititik)*

> Garam

> Air Asam Jawa

> Daun Kesum

> 5 Batang Bende

> Sedikit gula kalau taknak letak bahan perasa

*Dititik bermaksud ambil pisau atau batu tumbuk, ketuk sedikit pada bahan itu.




_______________________________________



Cara-caranya

1. Basuh ikan parang/tenggiri sehingga bersih. Letakkan sedikit garam dalam air asam jawa, kemudian rendamkan ikan di dalam air campuran tersebut selama lebih kurang 5 minit bagi menghilangkan bau hanyir.

2. Kisar cili kering dan asingkan.

3. Kisarkan bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan belacan bersama-sama.

4. Tumiskan bahan-bahan (NO. 3), sampai naik bau. Kemudian masukkan cili kering yang telah dikisar (NO. 2) bersama dengan serai yang telah dititik.

5. Goreng sehingga garing

6. Kemudian masukkan semangkuk air asam jawa sehingga menggelegak. Kalau nampak pekat, tambah sedikit lagi air asam jawa.

7. Kemudian, masukkan ikan parang/tenggiri, daun kesom, bende, garam, dan sedikit gula (jika tidak mahu bahan perisa) ke dalam periuk/kuali.

8. Tunggu dan kacau sedikit dalam 5 hingga 10 minit untuk masak. (Jangan kacau terlalu kuat, nanti ikan hancur pula).

9. Hidangkan Asam Pedas Kak B dan hiaskanlah mengikut citarasa masing-masing.

10. Dan... Wallah!




RubyRecipe

Selamat Datang ke Ruby Recipe


Assalamualaikum dan Selamat Datang ke Blog
Ruby Recipe! Saya menghidangkan kepada anda pelbagai resipi-resipi kampung yang kini susah untuk didapati.


Tunggu ape lagi! Cubalah! Kalau tak, anda pasti menyesal :)